Ahad, 25 Oktober 2009

Panduan Berguna

Assalamualaikum...

[IN THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL]

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apa lagi yang tidak ada di Syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.

Tapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.

Tak lojik, kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.

JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.

HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara

ataupun women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.

Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan.

Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan laki-laki, waja-negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.

SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apa lagi mengenal lelaki.

Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan scretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu,

suami kehilangan isteri (isteri, perempuan dan .....) dan bapa kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

JANGANLAH MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

2 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

erm.....mmg berguna n ley jdkn pnduan tok kita....thnx 4 da info..uhuh

Ngah Ahmad berkata...

hik3..amik part jek